<body>

 

Blog 8-18 Mei 2007

May 16, 2007 | Filed Under: Blog Candy  1 Komen

8 Mei 2007
Terkejut saya tadi pagi kenapa semua guru2 dtg. Pas tu abang Hasrul cakap kami ada pembentangan kerja tapi sebaliknya guru2 dtg untuk bagi semangat. Thanks Cikgu. Hari ni best kami pergi rakam lagu My Hear bersama2 dengan Diddy. Yang bestnya saya dapat bunga kegemaran saya. Bunga ros dari DIDDY. Thank you.

12 Mei 2007
Woww Bestnya. Saya bersyukur sangat dapat masuk final. lepas tu dapat nyanyi lagu sendiri pulak tu. Terima kasih Tuhan. Wlaaupun saya sakit tapi saya semangat utk buat persembahan. Mungkin menjadi sejarah dlm AF5 tiga orang perempuan masuk Final. Bukan senang utk masuk Final tapi inilah hakikatnya…Saya terlalu gembira sehingga tak terkata sebab inilah yang saya inginkan dulu. Saya selalu berangan dan sekarang ni saya dapat masuk Final. Mesti baru sekarang bapa dan mama saya percaya saya sebab selama ini saya tak berguna. Tapi apa pun I want to say thank you to Astro sebab memberi sokongan kepada kami semua.
(Read the full post…)


Seksi (Blog 1-6 Mei)

May 7, 2007 | Filed Under: Blog Candy  1 Komen

1 May 2007
Hari ni kami byk free time dan rehat sikit. Ada kelas dengan Abang Jasmi. Sayalah yang paling keras bila buat catwalk…benci Candy…Tak pandai langsung. Lagu Perhaps adalah lagu cabaran utk saya sebab lagu ni kena pandai seksi bila membawakannya. Matilah saya. Kali ni entah apa nak buat. Anyway walaupun saya pening kadang saya tetap bersyukur kepada Tuhan sebab saya masih di sini.
(Read the full post…)


Blog 24-28 April

April 28, 2007 | Filed Under: Blog Candy  Komen ?

24 April 2007
Hari ni betul2 penat dan saya rasa stress sangat. Oh my God ! Hanya Tuhan sajalah tahu betapa stressnya diriku. Tapi inilah cabaran untuk diriku. Apa2 pun besok mesti complete all my home work. Letih sehingga tak cukup tidur. Harap2 lah saya dapat bawa lagu asli ini dengan baik. Kalau ada rezeki minggu depan kan bagus tapi minggu ini mesti work hard sebab lagu ni killer song for me…
(Read the full post…)


Stress

April 23, 2007 | Filed Under: Blog Candy  Komen ?

Eh stressnya minggu ni sebab dpt lagu Joget. …Tapi saya happy sebab saya masih di sini dan saya tak akan sia-siakan peluang ini. Syukur kepada Tuhan sebab saya ada peluang untuk belajar. Thanks Astro sebab bagi peluang sekali lagi….Peluang ini saya akan cuba gunakan yang seboleh-bolehnya. Tiga lagu kena hafal memang stress sebab lagu tu saya tak tau tapi saya ambil cabaran.

Candy
23 April 2007

.sumber


Lenggok Asli

April 22, 2007 | Filed Under: Blog Candy  Komen ?

Hilang stess dpt bersama2 dengan Dr.Love. Walaupun seorang sudah tersingkir tetapi kami harus menerima kenyataan. Syukur kepada Tuhan sebab tiga orang perempuan masih di sini. Saya bersyukur kepada Tuhan sebab saya masih stay di AF5. perjuangan saya tetap akan lebih kuat. Terima kasih astro sebab memberi sokongan kepada kami semua. Terima kasih juga kepada Kak Sherry dan Abang Hasrul sebab memberi sokongan. Hari ini saya dapat lagu berirama joget Tari Silat Melayu. Mungkin sukar sikit lah sebab saya tak pandai langsung lenggang lenggok asli but I try.

Candy
22 April 2007

.sumber


Blog Candy 17-19 April

April 19, 2007 | Filed Under: Blog Candy  Komen ?

17 April 2007
Hari ni kami dapat minus one…OK lah I like it. Taklah susah sgt. Lagu ni tapi sya takut tak boleh bawa kalau tak de support. Mmmm. Macam biasalah rindu kat kawan-kawan yang terkeluar…Tapi pasti boleh jumpa lagi lepas ni…Kalau rezeki masih lah saya stay minggu depan. Kalau tiada nak buat macamna…Saya serahkan segalanya kepada Tuhan. Kelmarin ahli silap mata dtg. Best. Hilang stress AF and Astro ttp best walaupun saya terkurung tapi byk aktiviti yang menyeronokkan.

18 April 2007
GIG song belum lagi selesai…tapi saya pasti hafal esok. Harap2 saya tak stress…Saya mula takut apabila abang Roslan cakap lagu yang saya nyanyi paling hits zaman 80an. hari ni best sgt saya happy sebab happy lah…hmmmWalaupun Farha, Dekna, Fatin dan kwn2 yang lain tidaklah saya rasa keseorangan sebab ada kawan2 yang lain untuk bagi semangat saya. Mr.Cam tetap kawan sejati saya. Thanks Mr.Cam. Syukur pada Tuhan sebab saya masih di sini. And I want to say thanks coz Astro always the best…kalau ada rezeki minggu depan, saya akan work hard lagi.

19 April 2007
Bestnya saya dapat hadiah daripada Cikgu Linda..Impian saya kini semakin banyak sebab banyak yang bagi sokongan…Saya percaya kalau saya berusaha pasti dapat apa yang saya impikan. Terima kasih Astro kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk teruskan usaha saya dan maafkanlah saya jika saya terlalu nakal di dalam Diari AF5 setiap hari. Tapi saya betul2 bahagia di AF5 skrg, hari ini saya dapat bersama2 dgn cikgu semua dan dpt makan spegheti Cikgu Najmi. Minggu ini sudah hampir habis dan konsert akan diadakan pd hari Sabtu ini. Kalau saya terkeluar. Maafkanlah saya jikalau saya pernah menyinggung mana2 pihak dan kalau ada rezeki sampai final. Saya akan up banyak..


Luahan Hati Candy 4-16 April

April 16, 2007 | Filed Under: Blog Candy  5 Komen

4 April 2007
Hari ini saya down sbb selesema dan sikit pa tidak dapat menyanyi. Kak Sarima dtg. Saya tidak dapat jumpa dia sebab saya sakit. Tapi tak apalah lain kali pasti saya dpt jumpa.

5 April 2007
Biasalah macam saya ni sensitif. Sekejap jatuh sakit. Kalau bolehlah saya dpt jumpa Abang saya kan best. Tapi tak pa lah..Saya betul2 bersyukur sebab Farha sudah jadi abang angkat saya. Thank you to Kak Sherry coz jaga saya dgn baik waktu saya down, sakit dan sbgnya. Kak Sherry sentiasa ada di sisi saya.
(Read the full post…)


Sakit Tapi Meletup

April 1, 2007 | Filed Under: Blog Candy  Komen ?

Konsert ke 3 sudah pun berlalu. Untuk esok hari. Actually hari ini konsert saya down sebab ada banyak sakit. sakit kepala, sakit tekak, selsema dan berbagai2 lah. Tapi nasib baik saya dapat buat persembahan.

Candy
1 April 2007

Kredit: AF5 Official Website


Mawi World

March 30, 2007 | Filed Under: Blog Candy  Komen ?

Wow ! Hari ni betul2 gempak tau kenapa ? Sebab Mawi world datang di Akademi Fantasia. Walaupun saya bukan Islam tapi saya akui saya selesa bersama2 dgn dorang…Saya juga akan menyambut hari keagamaan saya pada bulan 4 akan dtg..Anyway, I’m so happy today…Thanks God !

Candy
30 Mac 2007

Kredit: AF5 Official Website


Abang Aznil

March 27, 2007 | Filed Under: Blog Candy  Komen ?

Hari ni kerja saya dan rakan2 saya spt biasalah. Ada kelas vokal dan tarian. Saya happy hari ni kerana Abang Aznil selalu berada di sisi saya dan rakan2. Apabila Abang Aznil muncul di hidup saya sebagai pengacara saya tidak hairan tapi yang paling hairan bagi saya ialah dia boleh jadi seperti abang saya…Setelah mengenali abang Aznil baru saya paham dan dia betul2 baik dan betul2 buat saya happy…kerana saya merasakan yang dia sentiasa ada di sisi saya sebagai abang kandung yang saya sayangi. Thank you Astro coz memilih saya sebagai pelajar AF5…I love all the crew walaupun saya tidak kenal durang…God bless you all…muah…miau

Candy
27 Mac 2007

Kredit: AF5 Official Website


«« Older Post

More Post Archives...