<body>

 

Gossip: Candy AF dengan Yazer ?

March 17, 2008 | Filed Under: Foto, News & Articles  6 Komen

Source: KOSMO

ITULAH yang tersampai ke telinga Marilyn. Kisah cinta lagi. Tetapi apa lagi yang boleh Marilyn tulis tentang sebahagian artis kita, kalau bukan tentang kisah cinta?

Dulu katanya cinta si rockers Akademi Fantasia (AF3), Yazir tertumpah kepada rakannya dalam AF3 juga, Ikin.

Tetapi dengarnya sekarang cinta itu sudah putus. Menggelupur di tengah jalan, belum sempat mencari haluan.

Entah apa sebabnya Yazer dan Ikin mengucapkan selamat jalan kepada cinta mereka yang beberapa tahun saja sempat terbina.

Tapi kecewa tak lama. Tup-tup dengarnya, Yazer sudah menyambung semula cintanya kepada seorang lagi artis produk AF, Candy.

(Read the full post…)


Demam Candy hangat di radio

November 6, 2007 | Filed Under: News & Articles  Komen ?

Oleh Elya Khalilah Ismail (Berita Harian)

BERAKHIRNYA program realiti sejak beberapa bulan lalu memperlihatkan seorang lagi bakat baru yang meningkat namanya dalam arena seni tanah air.

Dia yang dimaksudkan ialah Candra Clementi atau dikenali sebagai Candy, penyanyi yang dilahirkan dari program realiti Akademi Fantasia 5 (AF5).

Sebagai anak seni yang baru bertapak dalam industri hiburan, banyak pengalaman baru ditempa olehnya. Malah, sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Candy tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman meraikannya apabila rela menghabiskan masa bersama-sama juara AF5, Mila di Pulau Pinang. (Read the full post…)


Chat with Candy tonite

October 19, 2007 | Filed Under: News & Articles  6 Komen

From Henry Candy-Fc.com

Gud news to ol candyklikz…Candy akan chatting di laman web Candy-Fc.com pada jumaat ini (19/10/2007), pukul 8 malam..Terima Kasih


Aidilfitri Bersama Bintang-Bintang AF5

October 5, 2007 | Filed Under: News & Articles  2 Komen

Perayaan Aidifiltri di Astro tidak akan lengkap tanpa persembahan daripada bintang-bintang AF. Untuk melepaskan rindu anda, Candy dan rakan-rakan AF5 kembali bersama untuk menghiburkan anda di dalam

1. Konsert Reunion AF (Astro Ria, Hari Raya Pertama, 2.00 petang)
yang telah dirakamkan di Perkarangan Stadium Darul Aman Kedah

2. Rumah Terbuka AF 2007 (Astro Ria, Hari Raya Pertama, 9.00 malam)
Penampilan Istimewa Aznil Nawawi, Roslan Aziz dan Marlia Musa



Candy gementar

August 16, 2007 | Filed Under: Foto, News & Articles  9 Komen

Oleh Ramlah Zainal (Harian Metro)

Candy AF5Bagi Candy atau nama sebenarnya Candra Clement, 18, dia tetap bangga sekalipun hanya menyampaikan satu lagu saja pada festival itu.

Finalis AF5 yang juga anak kelahiran Tambunan, Sabah ini menyampaikan lagu dendangan penyanyi veteran R Azmi, Memikat Hati untuk segmen busana yang dijayakan Nasha Aziz.

“Pada mulanya saya terkejut bila diberitahu pihak pengurusan Maestro Talent & Management (Maestro), saya terbabit dalam persembahan FFM20 untuk segmen bersama Nasha.

“Saya berasa gementar kerana ini kali pertama saya buat persembahan pada festival seperti itu dan bergandingan pula dengan artis popular seperti Nasha. Debaran saya bertambah kencang bila dapat tahu pengarah muzik pada malam persembahan dipimpin komposer terkenal Ramli MS,” katanya.
(Read the full post…)


Gambar-Gambar Extra

July 27, 2007 | Filed Under: News & Articles  Komen ?

Sesiapa yang ingin melihat koleksi gambar-gambar Candy bersama rakan-rakannya yang lain sewaktu konsert amal di Kota Kinabalu pada 30 Jun baru-baru ini, sila lawat web album picasa walterjohn.net

Related Post
Malam Amal Bersama Finalis AF5
KDCA Backstage Photoshoot
Candy & Friends


Panik ketika panahan pertama

July 20, 2007 | Filed Under: Foto, News & Articles  12 Komen

Oleh Hasnira Hassan (Berita Harian)
Candy gemar bersukar dalam gimnasium untuk tingkatkan stamina, jaga bentuk badan




TANGANNYA bengkak dan merah meskipun hanya seketika menarik tali busar dan melepaskan anak panah. “Saya takut tarik getah. Lagipun tali (busar) keras sedangkan saya memang agak lembik sikit,” akui Candra Clemeti yang lebih dikenali sebagai Candy.

Kesan daripada penggambaran seketika menyebabkan ibu jari dan pelipat tangan kirinya bengkak sehingga tiga hari selepas itu.

“Ini memang percubaan memanah saya yang pertama. Memang tidak pernah. Malah, pada mulanya saya sangat takut sehingga saya pegang busar dalam keadaan terbalik,” ceritanya yang mengakui agak lucu mengenangkan keadaannya yang panik ketika pertama kali memanah di Big Shot, Maju Junction.
(Read the full post…)


Peraduan Video Muzikal Boh

July 19, 2007 | Filed Under: News & Articles  5 Komen

Teh Boh sedang menganjurkan satu peraduan di mana anda berpeluang membintangi video muzikal bersama Candy, Zahid, Mila, & Ebi.

Tarikh tutup peryertaan ialah 27 Julai 2007. Untuk maklumat lanjut sila klik sini


Wazzup Mila? Episod 3 (15 Julai)

July 12, 2007 | Filed Under: News & Articles  5 Komen

Don’t miss it

15 Julai, Ahad, 9.00 malam, Astro Ria
- Mila disambut meriah oleh sebuah syarikat korporat di Penampang dan Keningau, Sabah.
- Mila menziarahi kediaman Candy di Sabah.
- Mila juga membuat penampilan khas di pertunjukan Hotlink di Jengka Pahang.

Edit 15 Julai 2007: Segmen kunjungan Mila ke rumah Candy akan disiarkan pada episod minggu depan 22 Julai


Malam Amal Bersama Finalis AF5

July 2, 2007 | Filed Under: Video, News & Articles  1 Komen

Review/Report

Malam Amal Bersama Finalis AF5 di Dewan KDCA (30 Jun 2007) oleh Dbosfm

Videos



AF5 - Lets Dance Together


Candy - Ka-ching


Candy - Perhaps Perhaps Perhaps


Candy & Farha - Silik-Silikan Mato Nu


Candy , Noni, Heliza, Mila - Semua Jadi Satu


Candy - Demam

kredit : dbos-fm


«« Older Post

More Post Archives...