<body>

 

Gossip: Candy AF dengan Yazer ?

March 17, 2008 | Filed Under: Foto, News & Articles  

Source: KOSMO

ITULAH yang tersampai ke telinga Marilyn. Kisah cinta lagi. Tetapi apa lagi yang boleh Marilyn tulis tentang sebahagian artis kita, kalau bukan tentang kisah cinta?

Dulu katanya cinta si rockers Akademi Fantasia (AF3), Yazir tertumpah kepada rakannya dalam AF3 juga, Ikin.

Tetapi dengarnya sekarang cinta itu sudah putus. Menggelupur di tengah jalan, belum sempat mencari haluan.

Entah apa sebabnya Yazer dan Ikin mengucapkan selamat jalan kepada cinta mereka yang beberapa tahun saja sempat terbina.

Tapi kecewa tak lama. Tup-tup dengarnya, Yazer sudah menyambung semula cintanya kepada seorang lagi artis produk AF, Candy.

Sekarang ke mana-mana saja berdua bersama. Jadi sebab itulah orang kata mereka ini pasangan yang sedang bercinta bagai nak rak.

Kawan-kawan artis pun ada yang sampaikan pada Marilyn, kononnya mereka memang selalu kelihatan bersama.

Tunggulah Marilyn jumpa adik-adik ni. Tanya terus, lagi senang cerita. Tetapi biasalah, sudah agak jawapan yang bakal terpancul dari mulut mereka.

Hanya kawan, kawan biasa saja, tak serius mana dan mana-macam lagi yang sewaktu dengannya.

Yang pastinya, kata sumber berkenaan mereka memang rapat dan saling memberi dorongan dan sokongan di antara satu sama lain dalam kerjaya.


6 Komen »

  1. wonder what’s the progress with Yazer in the Music Industry?

    Comment by joandarcy on March 18, 2008


  2. candy dan yazir x ngemmlah. dngn dafi okerr..

    Comment by ronny on March 24, 2008


  3. ha… ada ada ja korang ni. biar betul ni berita. apapun kalau suka sama suka tiada masalah bah tu

    Comment by tanakwagu on April 5, 2008


  4. Korg ni …mcm ni la hari pertama gosip Candy dan Yazer kluar kosmo aku da dapat jwpn dri mulut Candy sendiri. ” Haaaaaa?????!!! Apaaaa????!!! Bila masa Candy dgn Yezir kekekeke! Show pun baru 2x sama2 nda da la…pendek kata semua gosip andit ma artis lelaki yg disebut2 sblum ini pun tak ada yg benar, tak ada kaitan langsung.” Kata Candy. Na ini baru cerita betul.

    Comment by estrue on April 8, 2008


  5. biasala artis kan,macam2 cerita yg dibuat tak betul,tapi kalau ia pun apa salanya kan…

    Comment by myzza on April 28, 2008


  6. myzza, salah tu tidak (sambil bpikir..agaknya mcm mna kalau betul ammmmmmmmm)

    Comment by estrue on April 29, 2008


Tinggalkan Komen

(required)

(optional)

(optional)



Anti-spam measure: Sila taip semula teks di atas ke dalam kotak yang disediakan

More Post Archives...