Oleh Hasnira Hassan (Berita Harian)
Candy gemar bersukar dalam gimnasium untuk tingkatkan stamina, jaga bentuk badan

TANGANNYA bengkak dan merah meskipun hanya seketika menarik tali busar dan melepaskan anak panah. “Saya takut tarik getah. Lagipun tali (busar) keras sedangkan saya memang agak lembik sikit,” akui Candra Clemeti yang lebih dikenali sebagai Candy.
Kesan daripada penggambaran seketika menyebabkan ibu jari dan pelipat tangan kirinya bengkak sehingga tiga hari selepas itu.
“Ini memang percubaan memanah saya yang pertama. Memang tidak pernah. Malah, pada mulanya saya sangat takut sehingga saya pegang busar dalam keadaan terbalik,” ceritanya yang mengakui agak lucu mengenangkan keadaannya yang panik ketika pertama kali memanah di Big Shot, Maju Junction.
Calon pilihan Akademi Fantasia musim kelima itu bagaimanapun mengakui memanah adalah aktiviti yang menarik apatah lagi selepas berjaya memanah menghampiri sasaran utama di papan sasar selepas hampir 10 kali mencuba. “Sebenarnya tidak susah…seronok mencuba, tetapi saya inginkan tali (busar) yang lembut sedikit,” katanya berseloroh.
Bagi Candy yang mendapat tunjuk ajar daripada Pengurus Big Shot, Yeoh Hong Seng, perkara menarik dan mencabar ketika memanah dalam usaha mendapatkan panahan di tempat yang disasarkan.
Mencintai bidang sukan, gadis bersusuk kecil ini lincah menyertai lumba lari selain pada masa yang sama aktif dalam sukan lempar cakera ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ8.

Meskipun tidak menjuarai acara itu, namun, Candy tetap mencipta pencapaian cemerlang dengan menduduki tangga kedua atau ketiga.
“Ketika menyertai lempar cakera, kebanyakan peserta mempunyai saiz badan yang besar tetapi saya seorang saja kecil. Pertama kali guru melihat bakat saya ketika berusia 17 tahun..beliau pelik.
“Katanya (guru), saya bagaikan pelajar darjah enam. Kerana itu, dia berpendapat saya `kecil-kecil cili padi’” kata Candy.
Sukan bagaikan sebati dengan dirinya. Malah, bagi artis kelahiran Sabah ini, beliau akan rasa seperti tidak sihat sekiranya tidak bersukan.
Katanya, bersukan juga boleh menjadikan bentuk badan kekal cantik selain mempertingkatkan staminanya sebagai artis yang baru meningkat naik bagi memperbaiki persembahannya.
“Kini, saya belum mendapat tempat yang sesuai untuk bersukan dan saya lebih memilih menyertai gimnasium,” katanya.
FAKTA
NAMA: Candra Clementi
ASAL: Tambunan, Sabah
TARIKH LAHIR: 11 Mei 1989
ADIK BERADIK: Anak ketiga daripada tujuh beradik
KERJAYA: Penyanyi (tempat kelima Akademi Fantasi 5)
ALBUM: Kompilasi `The Best of Candy’ - dijangka siap pada Ogos dengan menampilkan lagi `demam’
ATLIT IDOLA:
ANTARABANGSA: David Beckham (bola sepak)
TEMPATAN : Shalin Zulkifli (boling)
CANDY,how r u?
all d best to u…
love u…
always support u,CANDY
kiutnya candy ni. smoga sukses candy.
knapa ek candy ni susah nak ada kat majalah..kalo ada saya dah beli majalah tu…mana promosi candy….
mrka sngja mungin. takut candy porpular. cis!!!
Candy dan Ebi adalah atlit sukan…amm patutnya yg dijemput kt majlis ttg sukan or Everst di mna Mawi n Heliza dijemput tu Candy n Ebi yg lebih sinonim.(Tpi tak apa lh ni pdpt aku ja) Rambut Candy ni mcm dawai aku tgo..apa kata Candy buat balik rambut dia mcm yg mula2 rujuk masa Jimmy temu ramah candy di kamar hotel dlm rcgn trek selebriti yg Candy ckp dia nak nyanyi lagu “nada2 cinta ) tuuuu. Atau rambut Candy dlm gambar ada nombor giliran peserta uji bakat af5 tu baju merah. Perhatikan rambutnya, santik kan? Masa ulangan trek semalam pun (rujuk tarikh i tulis catatan ini) Mod JekeT pun ckp “lawo lagi rambut Candy yg ini) so apa kata Candy buak come back balik pesen rambutnya yg ala2 tirus ujung tu…n hitammmm.rindu tgo wajah candy yg tu.
estrue, mcam dawai kau kata? mngkin pakai jelly rumbia kot..taklah gurau ja. ni kerja tukang dandanlah tu. klu dkt2 mahu ja piat2 tlinga dia. baru tau…tak pe tunggu rambut dia pnjang dulu dan jngan potong lagi. ni yg final consert pnya pasal diorng tonyeh2 rambut dia hampir nak gundul. geram btl. jahat…
i pun suka kalau candy rambut hitam n pnjg mcm mule2 dulu..sweet je tgk..skrg ni mmg cute but smtyms look weird..kureng sesuai..
Hello saya sokong ! Candy mesti berambut hitam lagi, dan rambut kasi la panjang lagi ala2 tirus mcm yg estrue cakap. Tapi Candy jangan la ba pakai baju yg buat dia mcm urang tua..baru balasan ba umur dia tu..
candy ta pandai cari fesyen yg sesuai dngn usianya. pakai yg ringkas tapi ngam dngn umurnyapun dah cukup. bila candy chat @15 nanti, kita bagi dia tip2 bgaimana nak bfesen ok..
walaupun candy tak stylo, tapi dlm bab mencari kawan dialah no.1. candy ni cepat mesra dengan siapa saja dan senang d dekati. contohnya dlm af dulu. dlm ramai2 plajar dia yg paling ramai rapat dng plajar yg lain. sya harap d luar sanapun candy kekalkan sikap tu tapi mesti waspada slalu jngan kena tipu.
berkawan biar seribu +++++ tapi yg satu cuma ‘DIA’ yg tak paham tu diam2 hehehe. Am, ia tentunya dong aku ngak mau candy nda taw jaga diri…gosip2 dgn org yg kurang tepat pun hati aku sih geli deh…waduh…knapa ya gadis2 sbh ni asik saja dikenen dgn pria semacam-macam itu kok muskil dong! Jauh bangat koneknya. Matlamat kn mau jadi intertener gitu. Candy gue suka amat ama kamu…
hai candy saya erik dari Indonesia,apa kamu suka olahraga panah?boleh kita kenalan?