Hampir setiap musim Akademi, peserta-peserta Sabah hanya mampu merangkul tempat kedua seperti Lotter (AF4) dan Felix (AF3).
Kemantapan Candy atau nama sebenarnya Candra Clement menerusi lagu-lagunya yakni Dedebu Cinta serta lagu uptempo hasil ciptaan Edry KRU berjudul Demam berjaya memukau panel pengkritik yang memberinya tiga sehingga empat lampu biru.
Malangnya, pujian serta lampu-lampu biru gagal meraih undian daripada penonton-penonton.
“Ini adalah hak mereka dan mereka berhak mengundi sesiapa sahaja. Bagi saya, saya amat bertuah kerana dapat sampai ke peringkat ini,” ujarnya lagi.
Baca artikel penuh: Roslan Aziz mengaku AF5 hebat (mstar)
CANDY - “WALAUPUN saya hanya menduduki tempat kelima, saya tetap menerimanya sebagai rezeki. Walaupun sering digelar pelajar konsisten atau mendapat empat lampu biru, tetapi ini semua soal rezeki. Mengenai pelajar wanita dari Sabah yang dikatakan agak tenggelam atau menghilang selepas tamatnya pengajian AF, saya akan berusaha memastikan diri saya tidak hilang selepas berakhirnya program ini.”
Baca artikel penuh: Roslan akui AF hebat kerana aura (Berita Harian)
Candy pula cuma menang di mata juri apabila menerima empat lampu untuk lagu Dedebu Cinta, serta tiga lampu biru untuk lagu baru, Demam, yang disampaikan dengan bertenaga. Paling konsisten sepanjang musim kelima, Candy gagal meraih undian peminat, seterusnya meletakkan dirinya pada kedudukan kelima.
Baca artikel penuh: Persembahan final sekadar sederhana, tiada kejutan (Berita Harian)
Belum ada sebarang komen.