<body>

 

Blog 8-18 Mei 2007

May 16, 2007 | Filed Under: Blog Candy  

8 Mei 2007
Terkejut saya tadi pagi kenapa semua guru2 dtg. Pas tu abang Hasrul cakap kami ada pembentangan kerja tapi sebaliknya guru2 dtg untuk bagi semangat. Thanks Cikgu. Hari ni best kami pergi rakam lagu My Hear bersama2 dengan Diddy. Yang bestnya saya dapat bunga kegemaran saya. Bunga ros dari DIDDY. Thank you.

12 Mei 2007
Woww Bestnya. Saya bersyukur sangat dapat masuk final. lepas tu dapat nyanyi lagu sendiri pulak tu. Terima kasih Tuhan. Wlaaupun saya sakit tapi saya semangat utk buat persembahan. Mungkin menjadi sejarah dlm AF5 tiga orang perempuan masuk Final. Bukan senang utk masuk Final tapi inilah hakikatnya…Saya terlalu gembira sehingga tak terkata sebab inilah yang saya inginkan dulu. Saya selalu berangan dan sekarang ni saya dapat masuk Final. Mesti baru sekarang bapa dan mama saya percaya saya sebab selama ini saya tak berguna. Tapi apa pun I want to say thank you to Astro sebab memberi sokongan kepada kami semua.

13 Mei 2007
Today kami dpt CD melodi lagu sendiri. Saya bersyukur sgt kepada Tuhan sebab sampai ke Final dan dapat lagu sendiri. Saya tak pernah memikirkan bahawa yang masuk AF dan saya tidak menyangka saya dapat masuk Final.

15 Mei 2007
Final minggu ni saya dpt lagu Dedebu Cinta. Wow satu kali ni cabaran bagi Candy. TQ semua dan juga kepada Kak Ekin sebab jaga saya dengan baik. inilah kasih sayang yang saya tak pernah dapat selama ini. Terharu tak terhingga. Final ni mesti kena berusaha biarlah penat sekarang jangan menyesal bila konsert nanti.

Saya tak dpt balas jasa2 Cikgu AF5. Semoga mereka diberkati dan Tuhan saja balas jasa mereka. Saya betul2 terharu bila dapat lagu sendiri. Lagu saya lagu DEMAM. TQ kpd Edry dan KRU publishing sebab buatkan lagu ni utk Candy.

16 Mei 2007
Wow..letihnya kami hari ni. Sampai tak tidur malam tadi dan pagi ini saya mengantuk sangat sampai lirik pun tak boleh masuk dlm kepala otak. Ini yang membuatkan saya lemah. Bila saya hampir kehilangan suara saya sedih. Tapi syukurlah sebab saya sembuh sedikitlah. Walaupun penat saya tetap akan tempuhi dan tiada siapa dapat menghalangnya. Kawan2 yg lain pun sakit. Kesian.

18 Mei 2007

Pejam celik, pejam celik sudah hari Khamis….Tak sangka pula sampai ke Final. Terima kasih Tuhan. Walaupun saya sering dapat demam…itu cobaan bagi Candy. Terharu bagai tak terhingga. Tuhan saja yang tahu betapa saya risau tentang konsert minggu ni. Tapi yang penting saya dapat buat yang terbaik.


1 Komen »

  1. Hye Candy You Nyanyi Sgtttt Best,N I Love You So Much Candy….

    Comment by zahurin on July 17, 2009


Tinggalkan Komen

(required)

(optional)

(optional)



Anti-spam measure: Sila taip semula teks di atas ke dalam kotak yang disediakan

More Post Archives...