Lirik dan Video: Candy - Tari Silat Melayu
dbos: Kekuatan vokal Candy terus terserlah dalam lagu ini. Lenggok Melayu asli dapat dilakukannya dengan baik. Konsep kostum juga amat bertepatan. Namun seperti juga Ebi, Candy nampak macam banyak bergerak dan kurang kawalan pergerakannya (nampak gaya ada pelajar yang keliru dengan istilah ‘menguasai ruang’ dan ‘menguasai pentas’). Kesilapan yang Jee sebut tu sebenarnya bukanlah terlupa lirik, tapi lebih kepada keadaan teragak-agak nak masuk cue yang betul untuk rangkap yang seterusnya (barisan ‘amboi-amboi’ yang sepatutnya diulang empat kali untuk hampir-hampir dibuat dibuat dua kali sahaja). Kesilapan ini tak akan ketara sekiranya penyanyi latar pandai mengambil peranan mereka. Tapi nampak gaya back-up singerpun terkeliru sekali. dB level - 75%
Vernon Kedit: In the real world, Candy would never sing a song like this, because her voice just doesn’t suit this sort of music. But she took up the challenge and delivered a convincing performance. So she forgot a few words of her lyrics and her lenggok asli were hard but with such powerful vocals, you really can’t go wrong. Hattan said, “awak telah buktikan awak boleh pukul budak budak tu semua.” GOOD. 4 blues from the jury.
LeoFantasia: Very nice tone.Memang semua suara keluar habis.Penekanan vokal yang tinggi.Ada lembut,garang,lenggok manis.Candy juga dilihat pandai bermain-main dengan penonton.Penyelamat konsert pada malam tersebut.
Gidong: Satu lagi persembahan mantap dan bertenaga dari candy, dan diambilkira yang candy bukan melayu dan tidak banyak didedahkan dengan konsep lagu joget, maka saya rasa candy telah berjaya melaksanakan tugasan ini dgn berkesan, dari segi penyampaian lenggok dan teknik vokal, candy berjaya menghidupkan lagu ini, dan ya sekali lagi kita disajikan satu persembahan yang konsisten dari candy .. tidak banyak yang perlu diperkatakan tentang persembahan candy sebab minggu demi minggu candy berjaya melaksanakan tugasannya dgn sangat baik.
f41dh1: Candy ada masalah stamina! Dia hilang fokus bukan pasal lupa lirik atau hilang confident. Itu pendapat sayalah. Yurp, betul cakap si Hattan, orang Sabah memang tidak biasa dengan lagu-lagu tradisional. So attempt si Candy patut diberikan pujian. Walaubagaimanapun, I don’t agree with the 4 blues. Mungkin sebab dia seorang pelajar yang consistent. Tapi tidak adil-lah dengan pelajar2 yang banyak improved macam Mila & Dafi.
Grade: C+
Lampu biru: 4
Nakal: Tetap konsisten seperti minggu sudah. Walau pun ada certain part tu low note tak berapa jelas namun ok. Dari segi performance biasa sahaja. Tapi Candy perlu lebih fokus dalam memberi pesembahan sebab bila pengkritik semua dah beri lampu biru ketika dia menyanyi kelihatan dia sudah mula hilang fokus sedikit didalm nyanyian. Aku rasa Candy perlukan melakukan sesuatu yang luar biasa untuk persembahan akan datang untuk lebih BOOM! Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy dan Salih. Nakal bagi 4 Bintang
Belum ada sebarang komen.