<body>

 

Candy - Tari Silat Melayu

April 29, 2007 | Filed Under: Video, Lirik  

Kredit: dbosfm

Amboi amboi puteri Melayu
Berlenggang lenggok indah bergaya
Bukanlah hanya pandai merayu
Tetapi sanggup membela bangsa

( ramai )
Amboi amboi, amboi amboi
Amboi amboi, amboi ambol

Amboi amboi puteri jelita
Bersopan santun berbudi bahasa
Tidaklah hanya pandai bermanja
Berani pula ke medan laga

Ikan betuk di tengahlah sawah
Ikan puyu hai di rawa-rawa
Ingatlah pesan Datuk Hang Tuah
Tidak Melayu hilang di dunia

Budak-budak makan ketupat
Ketupat nasi dibelah-belah
Hidup kamu jasa tak dapat
Sekali hidup hai buktikanlah

Amboi amboi puteri rupawan
Berlemah-lembut memikat hati
Bukan hanya buat perhiasan
Mengharum wangi semarak negeri

Amboi amboi puteri sejati
Lemah longlai melangkah permai
Jangan disangka jinak merpati
Tak gentar pula membela diri

( ramai )
Amboi amboi, amboi amboi
Amboi amboi, amboi amboi


5 Komen »

  1. walapun hilang fokus diakhir lagu…saya setuju dengan hattan sebagai seorang sabahan yang berbangsa dusun…bukan senang untuk bawa lagu irama Malaysia…tahniah candy…kekalkan kekonsistenan mu itu !!!!

    Comment by golombon on April 29, 2007


  2. Candy seorang student yg rajin, dan bersungguh2.. yg penting Candy berjaya membawa nama Tambunan ( Sabah ) menjadi sebut-sebutan di AF… Jadikan Kesungguhan Candy sebagai inspirasi bukan sebagai bahan ‘dengki’…especially, we the Sabahan!

    Comment by keningau07 on April 29, 2007


  3. hmmm… Sebagai Sabahan, saya berbangga dengan kejayaan Candy setakat ini. memang berbaloi lah sikap kesungguhannya itu. go Candy! ;D

    Comment by ArMs on April 29, 2007


  4. walaupun lupa lirik saya terhibur dengan persemabhan candy…go candy go

    Comment by gin on April 29, 2007


  5. banyak yang mempertikaikan mengapa candy diberi 4 blues dari pengkritik…apa yang saya boleh katakan persembahan candy dilihat secara keseluruhan dari mula hingga ke akhir…..tahniah candy !!!

    Comment by wan on April 29, 2007


Tinggalkan Komen

(required)

(optional)

(optional)



Anti-spam measure: Sila taip semula teks di atas ke dalam kotak yang disediakan

More Post Archives...