<body>

 

Ulasan Persembahan Candy di Konsert Ketiga

April 2, 2007 | Filed Under: Ulasan Konsert  

Lirik dan Video: Candy - Terlalu Istimewa

dbos-fm: Terlebih dahulu syabas kepada Candy. Setiap minggu tidak mengecewakan. Salah satu persembahan yang mendapat pujian hampir ketiga-tiga juri (I’d like to see you in the final! Hah siapa yang cakap tu?!!). Walau bagaimanapun, secara peribadi saya sekadar 75% berpuas hati. Key lagu agak rendah untuk suara beliau (kenapa diturunkan?). Ada baiknya lagu para pelajar dikekalkan pada key asal dan pelajar seharusnya dilatih atau dicabar untuk mencapai nada key tersebut bukannya menyerah kalah. Kelas vokalkan ada (apa tujuan kelas vokal sebenarnya?).Berbalik pada Candy. Walaupun nada lagu diturunkan,yang menariknya beliau masih mampu mengawal suara untuk mencapai note rendah dengan tepat. Namun begitu beberapa bahagian penghujung rangkap (nada rendah) tidak kedengaran (ada baiknya dia rapatkan terus mikrofon ke bibir pada bahagian-bahagian ini). Pencapaian note tinggi tiada masalah. Namun sekiranya beliau terlatih bagaimana mencuri nafas, bahagian big note nescaya dapat dipanjangkan lagi (beliau kedengaran hampir kehabisan nafas). Beberapa percubaan untuk melakukan counter melody ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya (beliau melakukan ini untuk memberi kelainan kepada melodi asal). Satu-satunya vokal pelajar wanita AF5 yang boleh melakukan ‘gema’ (thick resonance sound). Kalau di Malaysia, tone suara beliau ini masih boleh dianggap tersendiri walaupun iras-iras penyanyi Indonesia Emillia Contessa dan Desi (penyanyi Indon yang katik tu…lupa pula nama penuh dia). Pitching wise good (90% perfect). Overall very good! 100 votes from me (guna afundi sakan)

sultanmuzaffar: Pelajar terbaik minggu ini. Candy membuat keputusan yang bijak dengan mencuri lagu ini dari Dekna. Candy dalam Diari memang hambar, tetapi bila buat persembahan dia meletup. Itu yang best tentang Candy. Mata-mata harus dibuka ke arah Candy sekarang. Dia bijak memanipulasi keadaan. Candy hanya berdiri dan melontarkan vokalnya. Itu sahaja. Sangat minima tetapi memberikan impak yang maksimum. Itu sudah cukup baik. Secara keseluruhan Candy telah berjaya meyakinkan dengan persembahan vokalnya yang bagus.

leofantasia: Penyelamat Konsert 3 AF5!!!!!!.Vokal yang dinamik,Variasi vokal yang cukup baik,lontaran yang lantang dan Falsetto yang mengetarkan jiwa membuatkan Candy adalah juara pada malam itu.Persembahan yang mempunyai jiwa yang sangat ketara.Cuma Candy nampak terlalu relaks..

gidong: Setelah candy disalahkan dlm hal pemilihan lagu ( oleh pendengki2 lalalala sedangkan tu bkn salah dia pon ) HAH sekarang korang dengkilah lagi sebab dlm konsert ni saya rasa CANDY membuat persembahan yang terbaik dari segi kawalan suara, penyampaian dan persembahan. Jadi kepada pengundi2 yang selama ini mengundi dengan “MATA”, semoga selepas ni anda “cuba” mengundi menggunakan “TELINGA” lah plak k… Part rendah dan tinggi semua dilakukan dgn sangat baik… dan berjaya membawakan lagu Adibah dgn cara tersendiri dan lenggok buatan sendiri yang berjaya memukau para pengkritik .. saya pun tak sangka candy membawa lagu ni dgn begitu baik ..AKU BAGI 4.5 BINTANG – Syabas

mrmanager: The best performance of the day must go to diva-in-the-making Candy who held the audience’s attention with Adibah Noor’s heart-wrenching ballad Terlalu Istimewa. I’ve said it from the start that Candy is someone to look out for and she’ll go to the finals. Finally, people are beginning to agree with me. Candy’s voice isn’t all that sweet or beautiful but it has character. And Candy has a character that you either love or hate. Personally, I love Candy.

budiey: Lagu terbaik disampaikan dengan vokal yang baik dan lantang. Candy pandai membuat improvisasi yang menyuntik kelainan. Macam Siti Sarah la pulak saya tengok. Percubaan yang baik dan Candy layak untuk menerima standing ovation sebab bijak menggunakan kebolehannya mewarnakan lagu ini dengan baik. Lontaran suara mantap dan ada jiwa. Mesej tu sampai walaupun kata Kak Ogy, gaya mata dan gestures seksi tu agak jelek dan tidak sesuai untuk lagu ini. Apa-apa, graf Candy meningkat secara mendadak.


9 Komen »

  1. uina mengancam semua komen…harap candy jangan terlampau makan pujian……masih byk kena belajar :D

    Comment by ty on April 2, 2007


  2. key lagu dia guna yang asal berdasarkan dari diari yang kita lihat bahawa key asal lagu adibah digunakan dan tidak direndahkan .. adios

    SYABAS buat candy …

    Comment by gidong on April 2, 2007


  3. Actually Candy punya key dinaikkan SETENGAH dari lagu asal oleh Roslan Aziz. Tapi aku sedikit kecewa sebab Candy x pakai ad-lib yg dia buat semasa praktes. Walhal kalo pakai yg itu, lagi mantap siot. Tapi xpe la kan, at least she did better than the rest. I just hope she would do better for the next concert. Crossing my fingers!

    Comment by clozz on April 2, 2007


  4. yang kita tidak tau, candy siap muntah/pengsan pada konsert ahad lepas. terpaksa slot candy diubah ke penghujung konsert supaya dia dapat recover.
    amazingly her performance was the best that day, butul2 babakat la ko candy.

    Comment by duktur on April 2, 2007


  5. Ya kah? kesian Candy, sampai sakit gitu, harap2 dia jagalah kesihatan dia.

    Comment by sweet_candy on April 2, 2007


  6. i know she is the best..

    Comment by mamaii on April 2, 2007


  7. Key lagu confirm direndahkan…sudah check guna piano (bandingkan dengan Adibah)…malah kalau dengarpun boleh tahu. Tapi tidaklah terlalu rendah cuma turun 1/2 note sahaja so bolehlah dianggap negligible.

    Comment by dB on April 3, 2007


  8. ada yang towards the end lagu tu..yang candy ckp membaraaa mcm lari ja tukan…tapi overall ok kan

    Comment by poco2 on April 3, 2007


  9. good work 4 candy….teruskn pjuangan…

    Comment by fan on April 7, 2007


Tinggalkan Komen

(required)

(optional)

(optional)



Anti-spam measure: Sila taip semula teks di atas ke dalam kotak yang disediakan

More Post Archives...